Thursday, May 8, 2008

Info serba sedikit tentang Lintah

INFO: Lintah
-Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.
-Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
-Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.
-Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.
-Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
-Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
-Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.
-Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
-Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
-Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.
-Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.


Info-info diatas boleh di jadikan rujukan kepada anda semua,jika anda ada sebarang pertanyaan anda boleh ajukan ianya kepada www.lintah@yahoo.com

Dimana ada kemahuan di situ ada jalan!

4 comments:

azmeir said...

saya ada menjual booster lintah. Makanan yang boleh menggantikan belut dan keli. Jika berminat, boleh hubungi saya Azmeir Zaki (017-7135 768)

atau email saya
azmeir@gmail.com

lintahpachitan norijai said...

hai,salam pengenalan dari ijai.layari http://lintahpachitan.blogspot.com emai:lintahpachitan@yahoo.com

Lintah Indonesia said...

http://www.produkdalamnegeri.com/room_member/?sKlodfMKH=2903&dllK=dllK_kOOosdfiuKHUISNF_dfsdfUHGnp93LK3388K

Salim said...

http://wikimapia.org/9097810/id/Sentra-Lintah-Indonesia-Center-of-Indonesia-Leeches

http://www.produkdalamnegeri.com/room_member/?sKlodfMKH=2903&dllK=dllK_kOOosdfiuKHUISNF_dfsdfUHGnp93LK3388K